Thursday 5 November 2015

JAWAPAN PERTANYAAN MULUT Y.B. PUAN HALIMATON SAADIAH BINTI BOHAN (KOTA DAMANSARA) BAGI SOALAN NO. 73 PADA 5 NOV 2015.

KENYATAAN AKHBAR

JAWAPAN PERTANYAAN MULUT
Y.B. PUAN HALIMATON SAADIAH BINTI BOHAN (KOTA DAMANSARA)
BAGI SOALAN NO. 73 PADA 5 NOVEMBER 2015.

PROJEK RUMAH TERBENGKALAI.


a.)   Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah projek perumahan terbengkalai di Negeri Selangor sehingga 15 Oktober 2015 adalah sebanyak 106 projek. Senarai projek perumahan terbengkalai mengikut pecahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti berikut :


(i)            MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

BIL
NAMA PROJEK
NAMA PEMAJU
1
Projek Perumahan Rumah Kos Rendah, Jalan Pluto U5/158, Seksyen U5, Shah Alam
Tetuan Unique Creation Sdn. Bhd.

2
Projek Pembinaan Pangsapuri Kos Rendah dan Kos Sederhana Subang Bestari, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U4, Shah Alam, H.S.(D) No. 110897, P.T. No. 35078, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling
Tetuan Juta Permai Sdn. Bhd.

3
Projek Pembinaan Pangsapuri Rimau Indah, Fasa 3, Di bawah Geran No. 36409, Lot No. 3783, Mukim Klang, Daerah Klang
Tetuan Rimau Indah
Sdn. Bhd.  (Digulung)

4
Projek Pembinaan  Untuk Penempatan Semula Setinggan Fasa 1 Rumah Pangsa Kos Rendah Sri Bunga Raya, 1 Blok 12 Tingkat (153 Unit) & 6 Unit Kedai, Jalan Gram U19/16, Seksyen U19, Shah Alam
Tetuan Atlaw Housing Sdn. Bhd.  (Digulung) 

5
Projek Perumahan Di U10 Height, Seksyen U10, P.T. 3696, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling
Tetuan Restige Group Sdn. Bhd.
6
Projek Perumahan Taman Muhamad 2, Kampung Lombong, Jalan Kebun, Mukim Klang, Daerah Klang,
Tetuan SPS Setia Sdn. Bhd. 

7
Projek Perumahan Berkembar Satu Tingkat Plot 5. Lot3159, Taman Desa Sri Baiduri, Mukim Klang H.S (M) 37153 PT No. 97024, Kg. Lombong, Jalan Kebun, Mukim Klang
Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd (Digulung)
8
Projek Perumahan Teres Satu Tingkat Taman Qismul (Jenis Maya 02), Diatas PM 4332, Lot No 4102, Jalan Kebun, Mukim Klang,
Tetuan SPS Setia Sdn. Bhd
9
Projek Perumahan Teres Satu Taman Andaman 5, Jalan Tanjung Sepang 30/112, Seksyen 30, Shah Alam
Tetuan Andaman Timor Sdn. Bhd
10
Projek Perumahan Taman Andaman Timor 3, Jalan Kebun, Kota Kemuning, Daerah Klang, Shah Alam
Tetuan Andaman Timor Sdn. Bhd


(ii)           MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

BIL
NAMA PROJEK
NAMA PEMAJU
1
Projek Perumahan 304 Unit Rumah Pangsa Kos Sederhana 1 Blok Tempat Letak Kereta di atas Lot PT 9195, Jalan PJS 2, Mukim Petaling, Daerah Petaling
Tetuan TD Management Sdn. Bhd. (Digulung)

2
Pembangunan 300 Unit Pangsapuri Kos Sederhana (Fasa 2) di atas Sebahagian Tanah Kerajaan CP 51554, Kampung Sungai Kayu Ara, Mukim Petaling, Daerah Petaling
Tetuan Antara Vista Sdn. Bhd
3
Pembangunan 5 Blok Pangsapuri Perkhidmatan Kos Tinggi Di Atas Lot Pt 1428, Seksyen PJU 1, Petaling Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling
Tetuan Dataran Mantin Sdn. Bhd.
(Receivership)


(iii)          MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

BIL
NAMA PROJEK
NAMA PEMAJU
1.
Projek Pembinaan 9 Tingkat Pangsapuri Kos Mewah 149 Unit 1Tingkat, Tempat Letak Kereta (Serdang Plaza), Di atas Hakmilik H.S.(D) 59980, PT 3114, Mukim Petaling, Daerah Petaling.
Tetuan Serdang Plaza Baru Sdn. Bhd


(iv)         MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

BIL
NAMA PROJEK
NAMA PEMAJU
1
Taman Kencana Fasa 3, Ampang
Tetuan Syarikat Jaya Kencana Sdn. Bhd. (Digulung)
2
Cadangan Menyiapkan Rancangan Perumahan 1 Blok, 10 Tingkat Dan 2 Blok 9 Tingkat Rumah Pangsa Kos Sederhana Di Atas Lot Pt4992, Kg. Pasir Tambahan Hulu Klang, Daerah Gombak, Selangor. (Estana Court Condominium)
Tetuan Promista Development Sdn. Bhd. (Digulung)                      

3
Projek Pembinaan 1,609 Unit Pangsapuri Ukay Bestari, Mukim Ampang, Daerah Gombak
Damai Bistari Sdn. Bhd.
(Receivership)
4
Projek Pembinaan 1020 Unit Rumah Pangsa Kos Sederhana Ukay Indah Kondominium di Sg. Sering, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak
Scenic Marina Sdn. Bhd.


(v)          MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL
NAMA PROJEK
NAMA PEMAJU
1
Projek Perumahan yang Mengandungi 4 Blok Rumah Kos Sederhana 2 Tingkat di atas Lot 6978, (Taman Sri Aman) Kampung Idaman, Mukim Klang
Tetuan Integrated Land Recources Sdn. Bhd.                                                                       Tetuan Teng Kong Enterprise Sdn. Bhd. (Digulung)
2
Projek Pembinaan Pangsapuri 6 Tingkat dengan Tempat Letak Kereta di Tingkat Bawah, di atas Lot 2377 (Geran 4963), Jalan Dato' Amar, Klang
Tetuan Marl One Development Sdn. Bhd
3
Projek Perumahan Taman Tradisi  Indah, Bandar Pinggiran Shah Alam melibatkan 50 Unit Rumah Teres Satu Tingkat di atas Lot PT 84927-Lot PT 84978, Lot Asal 4965, Jalan Masjid Sultan 9C/KS13, Mukim Klang, Daerah Klang
Tetuan Fifth Marine Development Sdn. Bhd.
4
Projek Perumahan Mengandungi 36 Unit Rumah Teres, 66 Unit Rumah Berkembar, 92 Unit Pangsapuri Kos Sederhana, 29 Unit Kedai dan 58 Unit Pangsapuri Kos Sederhana, 155 Unit Kos Rendah dan 40 Unit Pangsapuri Kos Sederhana Rendah di atas Lot PT 68738 PM 7794 & Sebahagian Lot PT 68739 PM 7793 Mukim Klang
Tetuan Perkasa Indera Sdn. Bhd.
5
Projek Perumahan 13 Unit Rumah 1 Tingkat di atas Lot 13567, 13568, 13569,13570, 13571 hingga 13579, Taman Bukit Kapar, Daerah Klang
Tetuan Decor Mewah Sdn. Bhd.
6
Projek Perumahan 14 Unit Rumah Teres Setingkat, 7 unit Banglo Setingkat, 1 Pencawang Elektrik Fasa 2  di atas Lot 44782, Jalan Tarmizi, Rantau Panjang, Mukim Kapar, Klang  (Taman Hijrah 2)      
Tetuan Lembah Jejak Sdn. Bhd.
7
Projek Pembinaan Fasa 2 Apartment 1 Blok 9 Tingkat (109 Unit) dan Lain-lain Kemudahan di atas Lot PT 5124 dan 5125 (Taman Mutiara), Pulau Indah, Klang
Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. (Digulung)                                         

8
Projek Perumahan di atas Lot 5128, Pulau Indah, Daerah Klang (Pangsapuri Yamin Height)
Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. (Digulung)
9
Projek Perumahan di atas Lot 5740 dan 5741, Pulau Indah, Daerah Klang (Indah Height)
Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. (Digulung)
10
Projek Perumahan Rumah Teres Dua Tingkat dikenali sebagai Desa Bukit Delima, di bawah Hakmilik G.M. No. 2142, Lot No. 5450, Mukim Kapar, Daerah Klang
Tetuan Atlaw Housing Sdn. Bhd. (Digulung)
11
Projek Perumahan 54 Unit, Jalan Dusun Meru, di bawah Hakmilik No. EMR 4548, No. Lot 2754, Mukim Kapar, Daerah Klang
Tetuan Ikhtiar Corporation Sdn. Bhd.
12
Projek Perumahan Taman Desa Sri Nilam, di atas Lot 5255, Pulau Indah, Mukim Klang, Daerah Klang
Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung)
13
Projek Perumahan di Taman Desa Sri Siantan, H.S.(M) 30600, GM 4519, Mukim Kapar, Daerah Klang
Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung)
14
Projek Perumahan Desa Sri Damai 3, Di atas Hakmilik No GM 2484, No Lot 3057, Mukim Kapar, Daerah Klang
Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung)
15
Projek Perumahan Rumah Teres 1 Tingkat di Tanah No. Lot EMR 8665, Lot 3834, EMR 7309, Lot 560, Telok Gadong, Klang (Sungai Pinang)
Tetuan Lurah Pantas Sdn. Bhd.                                    
Tetuan Menang Murni Sdn. Bhd.
16
Projek Perumahan Andaman 2, di atas Lot PT 17561, Kampung Nelayan, Telok Gong, Daerah Klang
Tetuan Andaman Timor Sdn. Bhd.
17
Taman Cahaya, Batu 5 1/2, Jalan Meru Di Atas EMR No 3469, Lot 2129, Mukim Kapar, Klang
Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. (Digulung)   

18
Projek Perumahan Taman Sri Kencana, GM 3850 Lot 2757, Mukim Kapar, Daerah Klang
Hyrax Property & Dev. Sdn. Bhd. (nama lama)
 Binalif Bina Sdn. Bhd.
(nama baru)
19
Projek Perumahan Taman Meru 1,  24 Unit Rumah Berkembar 1 Tingkat Diatas GM 64, Lot 3756, Jalan Kopi, Meru, Mukim Kapar, Daerah Klang
Hyrax Property & Dev. Sdn. Bhd. (nama lama)
 Binalif Bina Sdn. Bhd.
(nama baru)
20
Projek Perumahan Bagi Pembinaan 38 Unit Rumah Teres 1 Tingkat, Taman Meru Ria 2, Di Atas GM 3928 Lot 3750, Jalan Belimbing, Meru, Mukim Kapar, Daerah Klang
Hyrax Property & Dev. Sdn. Bhd. (nama lama)
 Binalif Bina Sdn. Bhd.
(nama baru)
21
Projek Taman Desa Kencana, Mukim Kapar, Daerah Klang
Suasana Ehsan Sdn. Bhd.
22
Projek Perumahan Taman Desa Pelangi Di Atas Lot 2664 GM 4769, Mukim Kapar, Daerah Klang
Syahira Development Sdn. Bhd. (Digulung
23
Projek Perumahan Desa Maru, Lot 23678 Mukim Kapar, Daerah Klang
Syahira Development Sdn. Bhd. (Digulung)
24
Projek Perumahan Taman Setia Indah, Diatas Hakmilik No. HS(M) 43220, No. PT 119181, Sungai Pinang, Pulau Indah, Mukim Klang
SPS Setia Sdn. Bhd.                                  

25
Cadangan 2 Blok Pangsapuri Anggerik (150 Unit) dengan surau, dewan serbaguna diatas lot PT85358, 5 unit kedai 2 Tkt diatas Lot PT85353-PT85357 diatas Lot PT85359 (lot Asal 1730) Jalan Sungai Udang KS 3, Mukim Klang, Daerah Klang
Tetuan FSK Development Sdn. Bhd.


(vi)         MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

BIL
NAMA PROJEK
NAMA PEMAJU
1
Projek Perumahan Taman Serosa Kajang, 413 (Rumah Teres 2 Tingkat Kos Sederhana, Pangsapuri 16 Tingkat Kos Sederhana dan pangsapuri 13 Tingkat Kos Rendah) di atas Lot 4454 & 1297, Mukim Kajang, Hulu Langat.
Tetuan Serosa Resources Sdn. Bhd. (Digulung)                                       

2
Projek Perumahan Bandar Puncak Damai Semenyih (Bandar Putri Jaya), 600 Unit Pangsapuri Kos Sederhana,  Mukim Ulu Semenyih, Daerah Hulu Langat
Tetuan Duta Nilai Sdn. Bhd. (Digulung)
3
Projek Perumahan Taman Lingkaran Nur, 52 Unit Rumah Teres 1 Tingkat, Batu 12, Jalan Cheras, 43000 Kajang
Tetuan Saktimuna Sdn. Bhd. (Digulung)
Tetuan Lingkaran Nur
Sdn. Bhd. (Digulung)
4
Projek Perumahan di Taman Padang Tembak Yang Mengandungi 29 Unit Rumah Teres 2 Tingkat di atas sebahagian Lot 613 (102.54 ekar), Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat
Tetuan Happy Home Development Sdn. Bhd.                                                        

5
Projek Perumahan di Taman Semenyih Jaya Yang Mengandungi 6 Unit Rumah Sesebuah Setingkat & 30 Unit Rumah Deret Setingkat, Lot 1621, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat
Tetuan Ample Development Sdn. Bhd.                                               

6
Projek Perumahan Taman Titiwangsa (Pembesaran Kg.) Yang Mengandungi 80 Unit Rumah Teres Kos Rendah 1 Tingkat dan 8 Unit Kedai 1 Tingkat, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat
Tetuan Imbuhan Murni Sdn. Bhd.                                 

7
Projek Perumahan 407 Unit Rumah Kos Rendah, Sederhana dan Rumah Kedai di Taman Sri Raya, Batu 9, PT14689 - 14722 dan PT 10224-10228 Cheras
Tetuan Kausar Corporation Sdn. Bhd. (Digulung)                              

8
Projek Perumahan Taman Ilham Perdana Sejoli, HS (D) 40113, PT 5520, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat
Tetuan Ukiran Mutu Sdn. Bhd.
9
Projek Perumahan Evergreen Homes Di atas HS (M) 6672, PT 9307, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat
Tetuan Averise Acres Holdings Sdn. Bhd (Digulung)                                
10
Projek Perumahan Terbengkalai Taman Nusa Lestari (Rumah Banglo) Di Atas Hakmilik Induk GM 219 (EMR 4873), Lot 3022, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat
Kamara Land Sdn. Bhd.
11
Projek Perumahan Desa Seri Tekali Di Atas Hakmilik H.S.(D) 40619, Pt 5708, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat
Tetuan Anglo Properties Sdn. Bhd.
12
Projek Perumahan Dusun Damai, Di Atas Hakmilik GM 5500 & 3497, Lot No. 1589 & 1590, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat
Tetuan Anjung Properties Sdn. Bhd.


(vii)        MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

BIL
NAMA PROJEK
NAMA PEMAJU
1
Projek Pembinaan Pangsapuri Gombak Perdana Villa 10 Tingkat, 222 Unit Seluas 1.737 Ekar, Mukim Setapak, Daerah Gombak
Tetuan Aga Development Sdn. Bhd.  (Digulung)        

2
Pembangunan Taman Selayang Mutiara terdiri daripada 498 Unit Rumah Pangsa Kos Rendah 5 Tingkat dan Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah (Topaz), Mukim Batu, Daerah Gombak
Tetuan Delpuri Corporation Sdn. Bhd.   (Digulung)                             

3
Pembesaran Kampung Baru Kundang, 109 Unit (50 Unit Jenis A-2 & 3 Tingkat), (59 Unit Jenis B-3 Tingkat) Di Atas PT 20902 Plot 9092, Mukim Kundang, Daerah Gombak
Tetuan Pembangunan Serendah Sdn. Bhd.                

4
Projek Pembinaan Pangsapuri Kos Rendah (Taman Bayu) Di bawah Geran No.29858, Lot No.2980, Mukim Setapak, Daerah Gombak
Tetuan Tegoh Timber & Properties Sdn. Bhd.
5
Pemberimilikan Tanah Kerajaan Di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara Seluas 35.565 Hektar Di atas Lot 3883 & 5060, Batu 291/2, Jalan Batu Arang Ke Batang Berjuntai, Mukim Rawang, Daerah Gombak (Rancangan Perkampungan Secara Berkelompok & Tersusun Kampung Kiai Hj. Arshad)
Tetuan Aramin Sdn. Bhd. (Digulung)        
6
Projek Astana Square Service Apartment di atas HS(D) 21817 PT 1985, Bandar Selayang
Tetuan Sedaya Sdn. Bhd. (Digulung)

7
Projek Perumahan Taman Jasa Murni, GM622, 623 dan 624, Lot 2146, 2148 & 2150, Sungai Tua, Mukim Batu, Daerah Gombak
Tetuan Intelligent Mission Sdn. Bhd.

8
Projek Perumahan Taman Pusu, Rumah Teres 1 Tingkat P.M 338 Lot No. 4935, Mukim Setapak, Daerah Gombak
Tetuan Q-Vista Sdn. Bhd
9
Projek Perumahan Taman Garing, Mukim Rawang, Daerah Gombak
Tetuan Q-Vista Sdn. Bhd


(viii)       MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

BIL
NAMA PROJEK
NAMA PEMAJU
1
Projek Perumahan Seri Setia Height, Plot No.13, Lot 921, Mukim Labu, Daerah Sepang
MBO Mega Development
2
Projek Perumahan Taman Desa Sinar Salak Membina 26 Unit Rumah Berkembar Dan 4 Unit Banglo Di P.M. 3000, Lot 1635, Mukim Labu, Daerah Sepang
Ikatan Darma Sdn. Bhd.
3
Projek Perumahan Rumah Sesebuah Desa Meranti, Di Atas GM 142 (EMR 6225), Lot 4406, Mukim Dengkil, Daerah Sepang
Karisma Housing Development Sdn. Bhd.
4
Projek Perumahan Taman Indera Indah, Di Bawah Hakmilik Induk GM 1121, Lot 2712, Mukim Dengkil, Daerah Sepang
Teratai Seroja Corporation Sdn. Bhd.
5
Projek Perumahan Taman Desa Salak Gemilang (Fasa 2), Lot 2241 PM 386, Mukim Labu, Daerah Sepang
MBO Mega Development

6
Taman Desa Utama, Sungai Merab, Sepang
Aras Dimensi Sdn Bhd  (Digulung)
7
Projek Perumahan Terbengkalai Taman Salak Idaman, Mukim Labu, Daerah Sepang
Tetuan Rantai Bumi (M) Sdn. Bhd.


(ix)         MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

BIL
NAMA PROJEK
NAMA PEMAJU
1
Pembangunan Bercampur (Fasa 1 Alam Mutiara), 924 Unit Rumah Teres 2 Tingkat, Rancangan Revolusi Hijau Peringkat 2 (RRHP II), Cherakah, Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor
Tetuan MZ Development Sdn. Bhd. (Digulung)  
Pemilik Tanah: Mujur Zaman Sdn Bhd.

2
Projek Perumahan Di bawah Program Khas Perumahan Kos Rendah Di Taman Sungai Yu Indah, Sungai Yu, Mukim Ujung Permatang, Daerah Kuala Selangor (499 unit RKR)
Tetuan Syarikat Serambi Padu Sdn. Bhd.

3
Projek Perumahan Taman Kelisa (Tambahan), 46 Unit Rumah Teres Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor
Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. (Digulung)
4
Projek Perumahan Taman Seri Wangi Di Atas Lot 103, Jln Sungai Tengi Kiri, Bandar Tanjong Karang Mukim Tanjong Karang
Tetuan K.A Resources Sdn. Bhd. (Lama) & Tetuan Mentera Dagang Sdn.Bhd. (Baru).

5
Projek Perumahan 154 Unit Rumah Teres Kos Rendah Di Taman Damai (Taman Damai II), Tanjung Karang (Fasa 1), Mukim Ujong Permatang, Daerah Kuala Selangor
Tetuan Koperasi Seri Kota Bukit Cherakah Sdn. Bhd.

6
Projek Pembesaran Kampung melibatkan 1282 Unit, Kampung Bukit Kerayong, Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor
Tetuan Bumi Circle Sdn. Bhd.
7
Projek Pemberimilikan Tanah Secara Terancang Di bawah Program Pembesaran Kampung, Taman Desa Mawar Di atas Lot P.T. 1175, Kampung Sungai Yu, Mukim Ujong Permatang, Daerah Kuala Selangor
Tetuan JKK Sungai Yu
 Tetuan Fokus Perkasa Sdn. Bhd. Tetuan Lian Feng Constraction Sdn. Bhd.    

8
Projek Perumahan Taman Delima Merah, Jalan Lintang, Kampung Tengah, Daerah Kuala Selangor
Syahira Development Sdn. Bhd


(x)          MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

BIL
NAMA PROJEK
NAMA PEMAJU
1
Projek Perumahan Desa Beruntung, RKR Setingkat,  Mukim Ulu Yam, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Prospell Development Sdn. Bhd. (Digulung)

2
Projek Perumahan Taman Lembah Beringin, PT 610, 6502, 863 & 864, Jalan Kerling, Mukim Sungai Gumut, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Lembah Beringin Sdn. Bhd.  (Digulung)

3
Projek Perumahan Bandar Baru Serendah, 79 Unit Rumah Teres 1 Tingkat, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Manco Sdn. Bhd.
4
Projek Perumahan 400 Unit Rumah Teres Setingkat Di Fasa 16A, Bukit Sentosa 3, Di Atas Sebahagian Lot 353 Dan 1729, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Maxisegar Sdn. Bhd.

5
Projek Pembesaran Kampung Desa Beringin Di atas Tapak Baru, Jalan Kampung Jawa, Batu Dua Kuala Kerling, Mukim Kerling, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Modulex Sistem (M) Sdn. Bhd. 

6
Projek Pemberimilikan Tanah Secara Terancang Di bawah Program Pembesaran Kampung Melayu Rasa Di Lot 1783, 109 Unit Rumah Banglo, Jalan Ampang Pechah, Mukim Rasa, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Litar Jaya Sdn. Bhd.  (Digulung)            

7
Projek Pembesaran Kampung Desa Bukit Bujang (Fasa 2 - 461 unit), HS(M) 2199, PT 1310, Kampung Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Rampai Budi Jaya Sdn. Bhd.(Nama Lama) & ARK Development Sdn.Bhd
(Nama Baru)
8
Projek Perumahan Tanah Lot Banglo No.2527 & 2528 dan 2529 & 2530 (The Genting Valley), Jalan Desa Rening, Mukim Batang Kali, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Jade San Reality Sdn. Bhd. (Digulung)                

9
Projek Pembesaran Kampung Koskan, 43 Unit Rumah Banglo Setingkat, Jalan Sungai Buaya, Sungai Choh, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Ehsanibu Sdn. Bhd. (Digulung)   

10
Projek Perumahan Dibawah Skim Pemilikan Secara Terancang Projek Pembesaran Kampung Mukim Serendah (Serendah Perdana), Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Kamsu Sdn. Bhd.                       

11
Projek Erina Heights, Mukim Ulu Yam, Daerah Ulu Selangor
Tetuan Coral Vista Sdn. Bhd                           

12
Projek Perumahan Di Atas Hakmilik Geran 39220, Lot 2496 Dan Geran 39221, Lot 2565, Mukim Batang Kali, Daerah Hulu Selangor
Peninsular Park Sdn. Bhd. (Digulung)

13
Projek Perumahan Taman Impiana, 22 Unit Rumah Banglo Setingkat,  Di Atas  H.S.(M) 358, PT 671, Kampung Bharu Sejantung, Mukim Kuala Kalumpang, Daerah Ulu Selangor
Oridua Construction Sdn. Bhd.



(xi)         MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT

BIL
NAMA PROJEK
NAMA PEMAJU
1
Projek Perumahan Di Atas Lot 175 Dan 12163, Mukim Tanjung Duabelas, Daerah Kuala Langat
Tetuan Jamaras (M) Sdn. Bhd.
2
Projek Perumahan 24 Unit Rumah Berkembar 1 Tingkat, (Taman Desa Sri Jentayu 1) di atas Plot 15, LM 276 Lot 4324, Mukim Telok Panglima Garang, Daerah Kuala Langat
Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung)
3
Projek Perumahan 25 Unit Rumah Sesebuah 1 Tingkat (Taman Visi Nusa) di atas Lot 2092,  Bukit Changgang, Mukim Tanjung 12,Daerah Kuala Langat
Tetuan Visi Nusa Corporation Sdn. Bhd.
4
Projek Perumahan 70 Unit Rumah Sesebuah 1 Tingkat, Taman Sijangkang Perdana Di Atas GM 2073, Lot 679, Telok Panglima Garang, Daerah Kuala Langat
Tetuan Atlaw Housing Sdn. Bhd.(Digulung)
5
Projek Perumahan Lot-Lot Banglo, Jalan Manggis, Batu 9, Di Atas Hakmilik Asal GM 1989, Lot 1647, Mukim Telok Panglima Garang, Daerah Kuala Langat
Tetuan Reap & Rich Worldwide Holding Sdn. Bhd.
6
Projek Perumahan Taman Desa Sri Saujana 1, 44 Unit Rumah Berkembar 1 Tingkat dan 2 Unit Rumah Sesebuah Di Atas Lot 2159 GM 2751, Mukim Teluk Panglima Garang, Daerah Kuala Langat
Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung)
7
Projek Perumahan Taman Desa Perwira, 42 Unit Rumah Berkembar 2 Tingkat Di Atas Hakmilik Induk No. PM 2392, Lot 7736, Mukim Tanjung Duabelas, Daerah Kuala Langat
Tetuan Syahira Development Sdn. Bhd. (Digulung)
8
Projek Perumahan Taman Desa Lestari, 28 Unit Di Atas Hakmilik Individu, Bukit Kemandol, Mukim Teluk Panglima Garang, Daerah Kuala Langat
Tetuan Lasah Emas Sdn. Bhd.
9
Projek Taman Langat Utama 3, Di atas Hakmilik Individu, HS(M) 16314 PT 17272, Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat
Tetuan Dahria Corporation Sdn. Bhd.

10
Projek Perumahan Rumah Berkembar Setingkat, Di bawah Pegangan Geran Induk, HS(M) 11973, PT No. 14269, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat
Tetuan Sure Meridien Sdn. Bhd.
11
Projek Perumahan Berkembar Setingkat Di Bawah Pegangan Geran Induk LM 188, Lot 4208, Mukim Teluk Panglima Garang, Daerah Kuala Langat
Tetuan SPS Setia Sdn. Bhd.
12
Projek Perumahan Taman Desa Sri Permai 2, Di Atas Hakmilik PM 1797, Lot No. 3055, Mukim Teluk Panglim Garang
Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung)
13
Taman Saujana Panglima, Sijangkang Di Atas Lot 7385 (Lot Asal), Mukim Bandar Sijangkang, Daerah Kuala Langat
Tetuan Syahira Development Sdn. Bhd. (Digulung)


(xii)        MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM

BIL
NAMA PROJEK
NAMA PEMAJU
1
Rumah Berkembar di atas hakmilik Induk GM 1376, Lot No.  5273,  Taman Mutiara,  Jalan Tebuk Supar, Mukim Sabak, Daerah Sabak Bernam
Syahira Development Sdn. Bhd. (Digulung)


b.)   Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha mengatasi masalah projek terbengkalai di Selangor dengan menyalurkan bantuan kepada pembeli yang teraniaya walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad kepada tindakan secara pentadbiran sahaja. Kuasa pemulihan ini yang terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.

Sehubungan itu, beberapa langkah proaktif telah dilaksanakan oleh LPHS ke arah membantu pembeli-pembeli yang terlibat dengan projek terbengkalai adalah dengan memahami situasi yang mereka hadapi dan seterusnya bertindak sebagai pemudah cara bagi mengatasi masalah ini.

 

Antara bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada pembeli projek terbengkalai adalah seperti berikut :


i.)            Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang-Undang, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi/Liquidator, Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah dan Bank terlibat yang mana dipengerusikan oleh saya sendiri telah dilaksanakan secara berjadual bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini yang diurusetia oleh LPHS juga memainkan peranan penting dalam merangka pelan pemulihan disamping membuat penilaian semula projek terbengkalai sama ada projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. LPHS sebagai agensi pemantauan senantiasa berusaha memastikan projek terbengkalai dapat dipulihkan dan seterusnya dapat disiapkan sehingga Sijil Layak Menduduki diperolehi.

ii.)           Membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak supaya tindakan yang diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan badan yang terlibat di mana persetujuan untuk memulihkan perlu diperoleh daripada sekurang-kurangnya 85% daripada pembeli.

iii.)         LPHS berperanan bagi mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank bagi menstrukturkan semula atau pengurangan bayaran bulanan daripada pembiaya atau bank.

iv.)         LPHS juga mengadakan perbincangan bersama pelikuidasi (liquidator) terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai.

v.)           LPHS turut mengadakan perbincangan dengan semua jabatan teknikal seperti SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.

vi.)         Mengatur pertemuan dengan institusi kewangan sebagai pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam membantu pembeli bagi menstrukturkan semula pembiayaan titian (bridging loan) supaya projek boleh diteruskan dan seterusnya menyelesaikan masalah kewangan pembeli

vii.)        Sekiranya projek ini melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk membuat penilaian semula kos pemulihan projek tersebut yang bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya projek ini ingin diteruskan.

viii.)       Sekiranya projek ini menghadapi defisit kos pemulihan, LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan daripada kontraktor yang berminat dan berwibawa kepada KPKT untuk membuat keputusan bagi mendapatkan peruntukkan khas pemulihan projek ini.

ix.)         Memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

x.)           LPHS juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakan-tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Tindakan perampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang sama.

c.)   Seperti Yang Berhormat sedia maklum pembelian sesebuah rumah atau hartanah adalah melalui perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli. Dalam erti kata lain satu kontrak telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract” maka pihak terlibat perlu membawa kes mereka ke Mahkamah.

  
Y.B. Dato’ Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
5 November 2015

4 comments:

  1. YB saya antara mangasa projek terbengkalai Taman desa Seri Jentau 1 banting, Sekarang pihak bank telah menaikan bayaran bulanan sebanyak Rm 1K++ apa perlu saya buat ? sebelum ini bank cuma mintak bayaran Rm 570 /Month, sebab sekarang ini saya ada rumah yg beli dan kini saya duduki yang perlu dibayar juga.Saya rasa terbeban dengan masalah kewangan.-

    ReplyDelete
  2. YB, Suami sy salah seorang mangsa rumah terbengkalai yg dinyatakan diatas. Hasrat memiliki rumah idaman tertangguh sejak 11 tahun yg lalu.
    Mohon semua pihak yg bertanggungjawab mempercepatkan proses pembinaan semula rumah agar pembayaran kpd bank berbaloi kepada kami pembeli yg dianiayai.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. YB, Suami sy salah seorang mangsa rumah terbengkalai yg dinyatakan diatas. Hasrat memiliki rumah idaman tertangguh sejak 11 tahun yg lalu.
    Mohon semua pihak yg bertanggungjawab mempercepatkan proses pembinaan semula rumah agar pembayaran kpd bank berbaloi kepada kami pembeli yg dianiayai.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. LPHS juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakan-tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin.dah lakasakan ke YB,sebab projek2 kat selangor ni macam ada masalah...tak tau dari pemaju atau dari kerajaan negeri..

    ReplyDelete